bicara rasa

Thursday, January 12, 2012

~~~ABOUT LOVE~~~

Rasanya ini post pertama tenteng CINTA sejak aku ber'blogging'. hik3..terasa malu pulak tapi ini hakikatnya bagi manusia normal. semua orang mesti ingin rasa mencintai dan dicintai. perasaan yang lumrah yang telah Allah campakkan kepada hati insan sejak manusia pertama diciptakan yang dinamakan ADAM. Adam ditempatkan di syurga rasa sangat sunyi lalu memohon kepada Allah untuk menciptakan seorang teman. dengan kehendak dan izinNya, qudrat dan iradatNya maka Allah menciptakan teman untuk Adam dari tulang rusuknya dan teman itu dinamakan HAWA. maka wujudlah dua insan yang saling menyayangi dan saling memerlukan. Biarpun pelbagai dugaan dan ujian yang mereka terima, namun cinta mereka tetap utuh sebab cinta mereka atas lillahi ta'ala..Betapa indahnya sejarah cinta antara lelaki dan wanita yang pertama yang wujud di syurga dan muka bumi ni..


Bila usia ,menjengah usia 23 tahun ramailah yang dah bertanya, bila lagi...pertanyaan tu semestinya bukan dari family aku sebab bagi dorang, tiada paksaan dalam hal macam ni..bila masa yang tepat sampai, maka hal tu akan berlaku jugak. mak ayah aku sentiasa berdoa yang terbaik. ingat lagi arwah mak long aku pesan ''tak payah la kahwin time tengah belajar,muda lagi. belajar dulu''


Masuk je 2012, aku dah mengira2, ramainya kawan2 sekolah menengah dah bertunang, kawan sekolah rendah lagilah dah ada anak umur 3-4 tahun dah...hmmm...aku bila lagi?dah final year ni..Allah lebih mengetahui..


Aku tak tahu apa yang Kau rancangkan untuk aku tapi aku pasti apa yang Kau rancangkan adalah yang terbaik untuk aku...


Kenapa?sebab aku yakin aku tak layak lagi untuk menerima status sebagai seorang isteri lagi sebab banyak lagi kekurangan yang perlu aku baiki dalam diri. bila seorang wanita tu dikahwini seorang lelaki, dirinya bukan sahaja untuk suami, tapi tanggungjawabnya telah melebar ke seluruh ahli keluarga si suami dan semestinya apa yang lebih penting untuk mendidik bakal generasi akan datang supaya menjadi khalifah bumi yang hebat. macam nak lahirkan khalifah bumi yang hebat andaikata si ibu tidak mempunyai tali yang baik dengan Pencipta khalifah bumi? Di situ, aku perlu mencari jawapannya...






Cinta antara lelaki dan wanita terlalu unik dan istimewa dan sebab itulah Allah telah menetapkan tiada yang halal melainkan melalui ijab dan qabul...




  

2 comments:

  1. salam..singgah sini=)
    insyALLAH..ALLAh da tentukan jodoh kita kan..=)

    ReplyDelete
  2. nisyaAllah...Allah da tetapkan..cuma kita jg perlu berusaha membaiki dan memcari..taqdir boleh diubah dgn usaha,doa dan izin Allah...

    ReplyDelete