bicara rasa

Sunday, December 11, 2011

It's hard...



It's hard to say
but it's always in heart
and frequently in mind

It cannot be told by words
because nobody will understand it
but it's enough if they are willing to give their ears
whenever they cannot give their hands
and i always appreciate that... 

Have you feel whenever sometimes 
your head is just like rubbish
but your heart is just like the water in the well
it's the time when you always trust to Him
and always remember Him
because He is the best listener
He is the best helper
and the greatest planner for you 

No one can deny that
because He is Allah...






Wednesday, November 16, 2011

ORANG BARU...

Jernih wajah tanpa dosa noda..

Inilah orang barunya...Dengan kehadiran 2 orang ni maka genaplah bilangan anak buah aku menjadi 16 orang..memanglah ramai sebab adik beradik pun dah ramai..i love my big family very2 much!! kedatangan 2 orang ni memang agak ditunggu-tunggu sebab keluarga aku tak pernah lagi ada yang kembar. Kalau ada pun sepupu sepapat je...

Mungkin ini hikmah dari kesabaran kakak dan abang ipar aku tunggu selama 3 tahun sampai ada yang cakap dorang tak boleh dapat anak..Tengok, Allah Maha Kuasa,siap bagi 2 sekaligus..Baik kan Allah? Kita mintak sikit, Dia bagi lebih..Betapa Allah sayang kat kita, cuma kita ja yang tak sedar...

Sempat juga aku melawat dan gi jaga budak2 ni..Ragam dua orang memang tak sama langsung la..almaklumlah, kembar tak seiras..Sorang chill ja, yang sorang lagi dok teriak (nangis) sepanjang malam. Siang dorang tidur ja, nak 'charge energy' untuk malam..Bila dah pukul 12 malam, dah mula la buat lagu sumbang sampai subuh..Kalau mak dan mak mertua kakak aku tak datang, tak sempat tangan jugak abang dengan kakak tu...Sekarang ni dorang dah balik kampung. Harap2 aman la dorang kat sana..hehe

Sepanjang 9 bulan aku dok perhati ja kakak aku, memang agak terseksa dia bawa perut tu..macam dah nak meletup aku tengok..Dengan besarnya, beratnya lagi..waktu 5 bulan jalan dah lain macam..waktu 7 bulan mengandung dah sembahyang duduk..time 9 bulan, nak bernafas pon semput..Nak tengok ibu jari kaki sendiri dah tak nampak. Dia cakap, orang semua memang cakap seronok, tapi kita yang alami sendiri terseksa gak...kesian aku tengok dia. Dari situ terbit juga keinsafan dalam diri aku ni..macam mana la mak aku mengandungkan aku dulu..Tak cakap time bersalin lagi..Dulu, waktu form 3 pernah la belajar topik2 ni dalam subjek sains. Bila aku balik rumah, aku tanya mak.''Mak, sakit tak bersalin kat orang dulu?''Dengan penuh confident mak aku jawab balik,''nanti bersalin, rasa la sendiri''..memang bagos jawapan mak aku ni...

Dengan sebab itulah Allah memuliakan wanita...Doa ibu mudah dimakbulkan, kata2 ibu adalah doa dan Nabi Muhammad mengajar umatnya untuk lebih menyayangi ibunya. Dalam Al-Quran ada juga menyebutkan, ''Dan janganlah kamu mengatakan 'uh' dengan kedua ibu bapamu''... Nak kat uh pun tak boleh apatah lagi melemparkan kata2 kesat terhadap ibu bapa...Mungkin ibu bapa kita pernah lakukan kesilapan, tapi kesalahan itu tak akan mampu menenggelamkan kebaikan dan pengorbanan mereka terhadap kita...Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah murkai..

Sedikit selingan video untuk muhasabah diri kita...


video





Hawa Sufiyyah , 2.17 kg




Muhammad Adam Lutfi, 2.9 kg


Adam dan Hawa, semoga dirimu tergolong dalam penegak agama Allah,  mampu membahagiakan kedua mama dan abah di dunia dan akhirat...amiin...


Thursday, November 3, 2011

balik kampong!!!weheee....

Perjalanan balik ke kampungku di Kuala Nerang, Kedah Darul Aman akan bermula 5 jam dari sekarang...dah berat sangat terasa dok tanggung beban rindu kat mak ayah kat kampung..Ceh,macam tak balik 4 tahun..Padahal baru 2 bulan...hehe...tak kisah la..janji aku balik...Selagi boleh balik, aku balik..Sekali boleh beraya dengan mak ayah selagi tu la aku balik...dengar kata raya haji kat Terengganu dan kelantan meriah..Tapi aku tak pernah la raya kat sini...

Anda suma macam mana?Balik tak raya haji? cuti kan sat saja...mesti ada yang tak balik kampung kn...Sabaq2 naa...hehe..Yang penting pegi sembahyang raya haji dan doakan banyak2 untuk mak ayah naaa...

Kepada semua saudara seislamku...Selamat Hari Raya Aidiladha..Maaf zahir batin...Semoga lebih banyak pengorbanan yang kita lakukan untuk mencari keredhaan Allah...aminn...


Akan ku jejaki...


Senyum la cik bebek oiii..sat lagi dah nak kena pisau dah...hehe

Friday, October 14, 2011

apA poN taK boLeh!!

Assalamualaikum, salam sejahtera~~~

Dah nak dekat lebih sebulan aku involve dalam fyp...hehe..dah nak siap pon aku punya projek ni..boleh kata dalam 80% . Tapi tak temasuk thesis la...Sekarang ni aku tengah incubate API test kits untuk tentukan sama ada  bacteria yang aku isolate tu betol2 Salmonella atau pon x..kali ni untuk sample commercial broiler (ayam dalam reban tertutup). Tapi aku tengah tak da mood sangat sebab macam tak berjaya ja result aku macam sample ayam kampung dulu...huhu..frust2!!!Apa pon x boleh!!

Kalau x dapat juga terpaksa la aku guna plan lain...mungkin kena sampling lagi atau teruskan ja tulis thesis...hmm...tp selagi tak dapat selagi tu la aku tak puas hati...kena sampling lagi la jawabnya...

Mungkin inilah cabaran yang mesti dihadapi oleh final year students...memang sem ni ada 2 kelas ja, tapi tak payah berangan nak pikir pasal weekend. Kena masuk lab or pegi sampling...Kalau sem lepas2, minggu 1st buka sem mana la nak masuk library lagi..Tapi kalu Final year, minggu 1st dah masuk library.memang x pernah buat sebelum ni..haha...Sebelum start project, of course akan ada proposal...Dalam proposal tu plak bukan main je explain methods n expected result dengan yakinnya...alih2 result yang sebenar hampeh ja...
Inilah yang dikatakan 'kita hanya perancang yang lemah'...Dialah sebaik2 perancang dan penentu...

So, dont ever give..mintak kat Dia..sebab Dia sangat sayangkan hambaNya...Bak kata Dr.Aziz (our beloved KJ)"kamu dah harungi macam2 dlm  3 taun ni, tak kan x boleh tahan dalam setaun je lagi''...huhu..thanks Dr...i'll never forget it!!Untuk kengkawan yg lain, same2 la ye kita fight for out final year...Fighting!!!

Ni antara bacteria yang aku dah isolate..

Ni pon sama..ce teke bacteria ni name mende?  

API test kit untuk identify bacteria sp..kalau buat time lapar, memang rasa nak makan je mende nih!!

ok..papai!!
Location: Lab microbiology

Wednesday, October 5, 2011

Kuda...

Assalamualaikum...

Dah seminggu lebih tak update blog, tiba2 terpanggil nak mengarang pula atas dorongan rumate wang yang selalu ja mengusik pasal blog cik kelip ni...lepas proposal fyp dibentangkan tertarik pula insan ni dengan sampling kuda yang classmate buat...ni ada sedikit bingkisan bukan sendiri punya, just copy, paste and edit2 sikit (habaq siap2 la). Untuk kongsi ilmu yang tersimpan lama dalam laptop ni..harap2, lepas baca ni mungkin akan tertarik untuk mengenali kuda dengan lebih dalam..

Kuda Dalam Islam


"Islam begitu memberi perhatian dan sanjungan terhadap kuda. Dapat dilihat betapa banyaknya kitab-kitab dalam Bahasa Arab yang menyatakan perihal kuda termasuk sejarah kuda, ternakan, asal-usul, kaedah pemakanan, teknik menunggang, keistimewaan kuda, kaedah berlumba dan mencari baka kuda yang baik dan lain-lain. 

Diantara kitab-kitab yang menyatakan perihal kuda ialah:-

1. Kitab Al-khayal oleh Attabi
2. Kitab Al-Khayal al-kabir oleh Ahmed Abi Tahir
3. Kitab Khalq al-faras oleh Asmai
4. Kitab al-sarj wal-lijam oleh Asmai
5. Kitab khalq al-faras oleh Washsha
6. Kitab Khasyl al-saghir & Kitab al-sarj wal-lijam oleh Ini Durayd
7. Kitab al-khayl bi khatt al-Kufi oleh Ahmed Habib
8. Kitab al-khayl al-sawabik oleh Khawlani
9. Kitab nasab al-khayl oleh Muhammad bin Ziad
10. Kitab al-khalq as faras oleh Ibrahim al-Zujaj


Terdapat lebih dari 30 kitab-kitab lain yang menceritakan tentang kuda.

Syarat-Syarat Pertandingan Kuda Mengikut Tradisi Islam dan Arab

Di zaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Di antara syarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-

1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.
2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.
3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.
4. Kemenangan muktlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ketempat akhir pertandingan.

Saidina Ali ra sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaanya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.


Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.

Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui 'cross breed' saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.

Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol

Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Beduin mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa
" Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu 'thoroughbred'

Tanda Ibujari Rasullullah saw dileher Kuda Arab

Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli 'pure breed' terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibujari dilehernya.
Jika anda benar-benar memiliki Kuda Arab, cuba perhatikan tanda tersebut.
Kuda Arab yang dijual dinegara-negara Europah atau Australia hari ini, dikatakan bukanlah ' original' dari bumi Arab.Tetapi mereka mengekalkan identitinya sebagai 'Baka Arab' ! Wallahhuallam.

Kuda Dalam Al-Quran

Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl. Didalam al--Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa.
" Dan ( Dia Mencipta) kuda dan keldai untuk kamu tunggang as zinat" Surah 16: 8
Perkataan Arab zinat ertinya kesukaan dan kebaikan yang dimaksudkan sebagai kuda dan keldai diciptakan bukan sahaja untuk dinaiki, tunggang tetapi juga untuk dibiakkan dan membuat pertandingan. ( bukan perjudian)

Mengikut catitan dari buku kuda " Fadl al-khayl" karangan al-Dimyati menyatakan bahawa Rasullullah saw memberi keizinan untuk mengadakan pertandingan perlumbaan unta dan kuda bersama anak panah ( khuff, hafir, nasl) Tetapi mengikut tradisi suku kaum arab, perlumbaan kuda adalah lumrah dikalangan suku kaum arab dipergunungan..

Mengikut "Hidayat al-fursan fi shi'ar al-shujan oleh Ibn Hudhayl menyatakan bahawa Islam melarang perjudian ( maisar) tetapi tidak menghalang pertandingan memanah (nasal), lumba lari ( qadam) and lumba kuda (hafir).

Mengikut kitab al-Sarj karangan Abu Ubaidah dan Kitan al-Al-khayl karangan Asma'i banyak menceritakan tentang pertandingan lumba kuda dikalangan suku kaum Arab, baik sebelum kedatangan Islam dan juga diwaktu pemerintahan Islam dizaman Rasullullah saw, kemudian di zaman sahabat, zaman khalifah, zaman pemerintahan Bani Umayah dan Bani Abbasiah.

Dalam Kitab "Hidayah" juga dinyatakan 4 jenis kuda yang terdapat dikalangan suku kaum Arab diwaktu itu ialah:-
  • Birzaun or Burzun ( kuda berat dari luar negara )
  • Atiq ( Kuda Arab baka pertama )
  • Hain ( Kuda kacukan, jantan luar, ibu Arab )
  • Separuh Aarb ( bapa arab, ibu dari luar )
  • Khalifah Harun al-Rashid

Penaklukan Palestin

Khalifah Harun Al Rashid adalah seorang pemimpin yang terkenal dikalangan negara-negara Arab kerana kemasyhurannya menakluk dan membebaskan negara Palestin dari penjajahan Barat dan Yahudi. Baginda sendiri telah mengadakan beberapa pertandingan lumba kuda.

Kuda baginda bernama - Mushammir pernah memenangi tempat pertama dan tempat kedua dimenangi oleh anaknya.

Pernah satu ketika bila kuda baginda memenangi tempat pertama, baginda memanggil ahli syair terkenal, Asma'i untuk menulis satu puisi khas tentang kuda yang akhirnya disiapkan penuh dengan ciri-ciri kwistimewaan kuda.

Sejak dari zaman Rasullullah saw hinggalah sekarang para pemimpin Arab menjadikan kuda sebagai satu hobi mereka untuk berbagai tujuan. Kini para Sheikh dari Bahrain dan Dubai adalah penaja utama perlumbaan kuda di negara teluk.

Ciri-Ciri Kuda Yang Dikehendaki ialah:

Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-

Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral wazifatatayn fil yadain).
Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda putih didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda putih dikuku kaki.
Bentuk badan yang menarik al-a-ali , al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .
Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)
Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis senjata dengan sempurna.

Empat Imam
Imam Abu Hanifa dan Iman Shafie menyatakan bahawa lumba kuda tidaklah haram. Imam Malik dan Imam Ahmed Hanbali, tidak menggalakkan pertandingan unta atau keldai dan beranggapan hanya kuda boleh dipertandingkan dalam perlumbaan.
Gambar hiasan je ni...

Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati didalam Islam. Malah didalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.

Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, antaranya ialah:

1.Kuda terpantas
2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
3. Handal dalam enduran
4. Cekap dan bijak.

Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kakikuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.
Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda
Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluroh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'

Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'.

Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.

Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas. Kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.

Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik .
Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasuklah ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.

Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.

Untuk menguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.

Hadith-hadith Tentang Kuda.

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.
Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.
Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Haaa...macam mana? dah terpikat dengan kuda ka?hehe..sebenarnya, mengikut pengalaman sendiri la, kuda antara binatang jinak. Kuda ni boleh tau perasaan kita waktu kita nak tunggang dia...Kalau kita nervous, kuda tu akan rasa tak selesa bawa kita...Kita boleh tau mood kuda dengan tengok telinga dia...beware la kalau telinga kuda kat belakang, x pasai2 takot kena tendang...jangan risau...kalau ikut cara dgn betol meti selamat...pompuan pon boleh naik kuda..Saidatina Aisyah pon naik kuda tau...
At TER (Terengganu Equestrian Resort)..


 ni waktu ko-equestrian Pantai Tok Jembal...

Setakat ni dulu..nak pi makan..wassalam...

Wednesday, September 21, 2011

~~~InSpiRasi~~~

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Dah lama tak update blog ni..(ayat biasa orang malas,hehe...)tapi lama2 rindu la plak kat blog ni..hehe..hmmm...bukan x da idea, tapi memang malas tol..report LI baru start, proposal tak edit lagi, slide presentation tak siapkan lagi, thesis lagi2 la tak mula langsung, almaklumla alasan baru start project...ish3.. apa nak jadi dengan cik mek ni....x da inspirasi la..nak kena cari inspirasi la ni...apa benda plak nak jadi inspirasi ni??

Hmmm...ada orang cakap kalau orang yang dok couple tu inspirasi datang dari pasangan dorang? Aisssshhh...nak kena cari pak sanggup jadi pakwe ni!!!uit2!!mula la tu nak mengarut...

Ada la insan ni terbaca satu cerita...Ada sorang budak sekolah ni dia jadikan pasu sebagai inspirasi dia..Dalam banyak2 benda pasepa la dia pilih pasu..insan ni pon xtau...bila kengkawan dia tanya, dia cakap pasu ni unik..Satu hari bila dia gi sekolah, dia tengok pasu ni dah pecah hancur berkecai..Lepas tu dia pon dah tak semangat nak belajar dah...

Jadi, kalu nak cari inspirasi, mesti la yang kekal...Ada ke??ada...ALLAHU AKBAR!!!yang dok sembah tiap2 hari tu la patut kita jadikan inspirasi...Ya Allah, insan ni selalu lupa...memang insan ni solat dan buat ibadah lain, tapi insan ni selalu gak lupa yang Dia la yang patut jadikan sebagai inspirasi utama..kenapa perlu cari orang lain sebagai semangat...Ya Allah, ampunkan insan ni ya Allah, insan ni memang lemah, pegang insan ni ye ya Allah, jangan biar insan ni cari lain selain Engkau ya Allah..Insan ni x mampu pun nak angkat sehelai bulu kucing tanpa bantuanMu...Ampunkan insan ni ye ya Allah...Bantu sahabat insan ini juga ya Allah agar mereka jadikan Engkau sebagai inspirasi...

So, kawan2...lepas ni jangan jadikan orang lain sebagai inspirasi sebab orang2 tu tak layak pon...Letakkan Dia sebagai keutamaan kita...Dialah sebaik2 pelindung kita...


~aku insan ini~

Thursday, August 4, 2011

SYAITAN MASIH TERLEPAS

''Pada bulan Ramadhan, syaitan2 dirantai supaya tidak menggoda manusia dan pintu neraka ditutup''


Alhamdulillah, apabila munculnya bulan Ramadhan, masjid2 dan surau2 dipenuhi hingga kadang2 sampai tak cukup ruang. Tok siak kat masjid tu terpaksa sapu kat ruang yang tak pernah digunakan. Itu belum tengok orang mengaji lagi. Seronok dengar azan berkumandang setiap waktu dan beginilah meriahnya Ramadhan...Ini menunjukkan manusia lebih ringan dan tidak kekok untuk beribadah kerana Allah...dan ini juga menunjukkan syaitan2 telah digari supaya memudahkan lagi manusia melakukan amal ibadah..


Persoalan yang timbul di benak kita, kenapa ada lagi yang tak solat, kes kecurian, pembunuhan, dating2 gf bf dan sebagainya? Kata syaitan dah kena tangkap???hurmmm....


Dalam buku yang saya dah baca ni, menurut pengarangnya, Sheikh Muhammad Zakariya berpendapat terdapat 2  unsur yang menyebabkan kita melakukan maksiat iaitu syaitan dan nafsu. Dalam setahun ada 12 bulan kan? Sepanjang 11 bulan yang lalu, syaitan dah pun melatih manusia supaya ikut jejak dia..Syaitan ni dah jadi bestfriend dengan nafsu yang ada dalam diri manusia. Jadi walaupun syaitan ni kena tangkap, kena rantai, tapi pelatih dia (nafsu) dah pun di'train', jadi tak hairan la dorang berpisah sebulan ja..tak jadi masalah langsung la untuk manusia ni ikut nafsu...Apabila manusia masih mengikut nafsu walaupun tanpa hasutan syaitan, maka manusia itu adalah hamba nafsu..Inilah yang menjadikan kita gagal dalam matlamat hidup untuk menjadi hamba Allah..na'uzubillah...


Untuk itu, marilah kita sama2 berdoa untuk menggagalkan usaha syaitan yang gigih mengajak kita ke neraka bersamanya. Walaupun kita jahat dulu, tapi kita boleh jadikan ramadhan kali ini sebagai titik permulaan untuk kita mencari keampunan dan keredhaan serta cinta Allah...Kita pun tak tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita...

Friday, July 29, 2011

Silaturrahim yang berpanjangan....

Assalamualaikum...dah lama typing kat blog ni..dah balik kampung ni memang la agak busy dengan kerja2 rumah dan aktiviti dengan mak. Almaklumlah, disebabkan mak oleh berbasikal je, jadi kena la jadi kaki dan ekor mak sepanjang kat kampung ni..hehe. Tapi x pa la, asal minyak moto atau kereta diisi...

Dah balik seminggu baru la dapat plan keluar dengan kawan Saina dulu. Geng2 KMP tak boleh plan lagi sebab depa semua tengah sibuk LI lagi. Alhamdulillah, dapat gak jumpa dengan sahabat2 lama dulu, walaupun sikit ja yang dapat datang. paling teruja bila dapat jumpa Syida setelah 5 tahun tak jumpa.huhu...Walaupun u kami dekat2 tapi kami x pernah jumpa.Ish2..Yang Siti pula, kalu balik Malaysia mesti dapat jumpa. Hairan kan, yang dekat tak jumpa, yang jauh pula yang dapat jumpa. Tu la tanpa usaha dan izin Allah, apa2 pon boleh terjadi...Wahed dengan Pikah pula memang selalu gak kuar sekali, tapi masing2 nampak beza..Pikah memang kurus sangat2 dah dan Wahed dah berani drive pi Aloq Staq setelah 4 tahun tak drive...Syabbas betteh!!! Aku akan menyusul lepas ang Wahed..doa2 la..hehe...

Tempat berkumpul kami berlima tak lain tak bukan, City Plaza je la...Senang sebab tak semua kami ada kenderaan...Lepak2 dan makan kat food court, sembang2 sampai taksedar dah pukul 3 petang. Ya Allah...memang tak terasa langsung masa berlalu cepat sangat... Masing2 ada cerita masing2...Gelak ketawa, senda gurau terasa macam nak balik ke dunia Saina dulu..huhu

Sebenarnya, apa yang dikongsikan di sini adalah tentang ukhwah yang terjalin antara manusia. Allah lah yang mempertemukan setiap insan di dunia ni dengan pelbagai cara dan situasi. Ada yang Allah temukan insan tu dengan didahului duka sebelum duka. Ada yang berjumpa, berseronok namun ukhwah mereka tidak berpanjang malah ada yang diakhiri dengan permusuhan. Allah memberi peluang kepada manusia untuk berusaha mencorak ukhwah mereka, namun Allah jualah sebaik-baik penentu. Kadang2 apa yang kita usaha, lain yang kita dapat, namun percayalah Allah telah merangcang yang terbaik buat kita. 

''Cinta berkawan kerana sehati dalam kasih Ilahi''....the sentence that i like..hehe..Ayat ni agak mendalam maksud dia..Bila kita berkawan dengan seseorang tu, biarlah kita berkawan kerana Allah dan bukan kerana nak ambil kesempatan dari dia sebab dia kaya ke, dia pandai ke atau apa2 lagi la.. Bila berkwawan kerana Allah, secara automatik akan timbul rasa cinta kat kawan kita dan secara tak langsung ukhwah kita akan berpanjangan walaupun berpuluh-puluh tahun tak berjumpa dan Allah akan memberkati persahabatan kita...

To my beloved friends from SKDF, SAINA, KMP, UniSZA and all over the world, i pray to Allah wishing that He always bless our friendship and hopefully we can meet in Jannah..amiiin... 
Mintak maap banyak2 kalau ada sebarang khilaf sepanjang ukhwah antara kita dan selamat menyambut Ramadan mubarak...


Tuesday, July 12, 2011

Rindu si pantai..

Petang yang agak memenatkan kepala otak disebabkan sehari suntuk dalam seminar bioinformatics memang memerlukan penenang. Ubatnya apa lagi kalu bukan pantai Batu Buruk yang dah lama kami tak jejak kaki sebab tinggal kat kampus Kusza. Kat Kusza ada pantai Tok Jembal. Tapi tak sama gak dengan pantai Batu Buruk yang memang banyak simpan kenangan waktu menginap kat Asrama Maidam waktu Sem 1 dulu.hehe...
Jalan tepi pantai..
Lepas habis je seminar, kami terus je serbu jamuan kat bawah kanopi. Sebelum gi pantai, kami singgah jap kat Hospital Sultanah Nur Zahirah melawat suami sepupu dia yang disahkan mengidap kanser. Ala..x jauh pon.dalam 20 langkah je, dah sampai.hehe.. Ni la hospital yang paling strategik bagi aku sebab trang tang tang mengadap Laut China Selatan. Syok betul, lagi2 ambil angin kat tingkat 8.hehe...Tapi sape je yang nak masuk hospital kn? Syukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi ni. Alhamdulillah...

Masuk je hospital rasa sayu je kat dalam hati ni..Bila dah masuk wad tu plak ya Allah, lagi2 la sedih. Tengok ada yang tidur, ada pacik tengah termenung je, menunggu waris dan sahabat handai datang melawat. Si pesakit yang kami lawat tu memang tak sedar langsung, tidur je. Mungkin kepenatan, lepas makan ubat ke, tak tau la plak. Lupa nak tanya...Apa pon, moga Kak Mek dan keluarga diberikan kekuatan untuk terima ujian yang Allah berikan. Suami dia pon harap2 sembuh cepat.Amiiin..

Waktu kat sepupu Irah tu, tiba-tiba waris pesakit sebelah tutup langsir yang pisahkan dengan orang sebelah tu. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan. Seram sejuk kami...Mesti dia dah tak tahan terima rawatan yang nurse bagi tu. On the way nk kuar dari wad tu plak aku terpandang kat satu katil. Ada 2 orang tengah baca Yasin, sorang lagi tengah macam dok tggu tepi katil tu la...Kagum dengan ahli keluarga dia. Tenangkan si ayah dengan bacaan Yasin. Sememangnya Yasin dapat menenangkan roh dan jasad...

Lepas solat beli makanan dan solat Asar, kami terus la ke pantai..Waaahhh...memang segar betol..Hilang terus pening bioinfo tadi. Tangok pula ombak yang sentiasa menghempas pantai, memang macam tengah berzikir. Sememangnya makhluk2 ciptaan Allah sentiasa berzikir kepadaNya. Cuma manusia ja yang jarang ingat Pencipta...huhu

Kat pantai tu memang selalu orang ramai. Nak2 lagi waktu petang. Ada yang bawa anak2, suami isteri bergurau senda tepi pantai, ada yang bawa kuda, jalan2  dengan kengkawan macam kami ni, ada juga yang bf dengan gf pon ada berpimpin mesra. Ni yang tak sedap tengok ni...Malas komen banyak, aku doakan dorg sedar suatu hari nanti...
Happy children with their mom ^_^
Sape plak ni??
                                          
Satu benda yang bestnya tentang pantai Terengganu ni, pantai kat sini memang belom tercemar. Kalau nak bandingkan dengan pantai2 di Pantai Barat tu, memang la tak padan. Banyak mana pon bot nelayan kat sini, airnya tetap la biru...Tapi sorry, pantai kat sini x banyak yang boleh mandi sebab ombak kuat. Mula2 datang Terengganu, aku pon takut nak jejak pantai..Tapi sekarang dah ok..hehe

 Kamilah gadis2 ayu di pantai ni..haha

Jom gi Ganu kite!!!!!^_^

Friday, July 8, 2011

kurma dan kismis~~~

Lepas kupas buah durian masuk dalam beg, aku packing la barang lain. Mak pun macam biasa, sibuk tolong apa yg patut. Yela, aku baru balik LI 2-3 hari, dah nk balik Terengganu semula. Berat la sikit nak lepaskan anak dara dia ni..hehe..Tengah packing tu, mak tanya

Emak: nak bawa x buah kurma dgn kismis ni?
Aku: tengok la dulu..nanti berat sangat, tak larat nak bawa.
Emak:bawa la..bukan berat sangat pon.sikit ja ni..bawa satu dah la, satu kotak lagi simpan kat kak nah balik nanti..
Aku:boleh la,lapar2 kat sana nanti boleh makan.budak2 tu pon boleh makan sekali.

Aku pun ambil buah yang dah dibungkus, masuk je dalam beg yang letak durian tu.takut lupa pulak...Buah tu kawan ayah yang dah lama bermastautin kat Mekah kirim kat besan mak ayah. Tu yang banyak tu...Sampai kat Terengganu, buah kurma dan kismis ni la jadi santapan pagi aku. Save budget sikit...

Selalunya buah kurma ni sangat la femes time bulan puasa je. Orang akan ingat, buah kurma makan time buka puasa. Sebenarnya, buah kurma seelok-eloknya makan tiap2 hari. Baginda Nabi Muhammad pun makan buah kurma untuk hilangkan kelaparan. Kenapa makan buah kurma ni adalah sunnah baginda? Apa khasiatnya? Mengikut kajian, amalan memakan buah kurma dapat merangsanng ginjal mengeluarkan toksik, menurunkan tekanan darah tinggi, mengandungi vitamin A,B1, B2 dan kaya dengan mineral. Kurma juga merupakan ubat cacing dan ada juga orang cakap kalau nak mudah bersalin, banyakkan makan buah kurma waktu mengandung.

Buah kismis pula mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi, kurangka risiko penyakit strok, untuk kesihatan tulang dan membantu perkembangan minda. Sebab tu hafiz dan hafizah banyak mengamalkan makan buah kismis supaya mudah menghafal Al-Quran....

Hafiz dan hafuzah yang memang dah mudah menghafal pon amalkan makan kismis dan kurma, apatah lagi kita yang lambat sikit ni...Untuk si ibu dan ayah tu, didik la anak2 makan buah kurma dan kismis dari dalam perut lagi ye...

Wednesday, June 29, 2011

salam ukhwah...

Salam ukhwah buat sahabat2ku...

Alhamdulillah, akhirnya sempak gak aku create blog ni.hihi..sebenarnya dah lama aq nk create blog ni, tp disebabkan kekangan2 tertentu, sampai sekarang baru dapat wat blog ni...


Harap2 boleh la kongsi2 apa yang patut dalam blog ni. Ilmu dan pengalaman yang kita pinjam ni seeloknya dikongsi sebab semua tu bukan hak milik kekal kita pun kan...


Ukhwah pun boleh disambung dgn berblog ni...jgn lagha suda..hehe