bicara rasa

Thursday, January 19, 2012

BeRbaLOi KorBaNkaN CuTi....

Alhamdulillah....19 januari 2012 selesai sudah kursus dan assessment o-level equestrian yang dijalani di Terengganu International Endurance Park dengan kerjasama Jabatan Sains Haiwan UniSZA dan Majlis Ekuin Malaysia (MEM).O-level merupakan sijil asas yang wajib diambil oleh sesiapa yang nak menunggang kuda secara profesional dan tahap sijilnya sampai level 2. Tapi kat Malaysia kursus untuk level 2 tak ada, jadi sesiapa yang berminat  akan dihantar ke luar negara. Menurut coach, nak sampai tahap level-2 ambil masa yang agak lama sebab banyak benda yang perlu belajar dan perlu mahir.

O-level ni adalah basic course macam mana kaedah pengurusan kuda yang betul, macam mana nak jaga kesihatan, pemakanan dan kebersihan stable (kandang) kuda. Semua ni sangat2 penting dalam penjagaan kuda sebab mostly kesihatan kuda adalah based on feed dan stable. Kuda adalah binatang yang sangat mahal sampai boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Jadi amatlah rugi kalau mati begitu sahaja...kadang2 owner boleh menangis kalau kuda dia mati tau...Tapi ada ja owner yang  tak ada sijil ni sebab dorang manage kuda based on experience...

Dalam kursus ni, kami diajar untuk grooming (bersihkan) kuda, pengaturan makanan, pembersihan stable, pasan bridle (kekangan yang dipasang pada bahagian muka dan kepala kuda untuk control kuda), saddle (tempat duduk time nk tunggang kuda) dan sempat tengok orang pasang kasut (ladam) kuda.Tengok macam senang, hakikatnya amatlah susah. Sebab tu gaji dorang mahal. Upah pasang kasut untuk seekor kuda dalam range RM150-RM200. Tu baru kuda biasa yang dok dalam stable ja. Kalau kuda macam nak bertanding endurance macam Sultan Mizan tu, pakai kasut jenis lain pula. So, lainlah upahnya..Kalau nak tau, setiap tahun gigi kuda perlu diasah untuk elak kecederaan dalam mulut dan tukang asah gigi kuda sangatlah sedikit orangnya kat Malaysia sampai kena panggil mat saleh datang.

Sepanjang kursus aku diarahkan untuk handle kuda. Kami diberi sekor kuda untuk diuruskan. Sekor kuda 2 orang and my partner is my classmate, Linda...Dia ni terror dah sebab setiap hujung minggu yang free, keja dia bertenggek kat stable kuda TER..bukan bertenggek je, tapi dorang kena bersihkan stable time pagi, petang tu boleh la dpt upah naik kuda free..hehe..Nama kuda kami Sooty, tapi kami tukar jadi Sutinah..hehe
Selama 3 hari uruskan Sooty, I'm fall in love with him...huhu...kata Linda Sooty kuda paling hensem kat TIEP.haha...walaupun Sooty gigit orang, tapi dia faham kita cakap. He gave us the best commitment during assesment. Dia ni sangat sensetive time grooming, sebab tu kena hati2...kang ada yang terbang naik atas sebab kena tendang.  Lagi satu Sooty sangat suka orang bersihkan muka dia. dia akan pejam mata dan dok diam kalau kita belai2 muka dia. so sweet...hehe.tak semua kuda suka orang main muka dia. Sooty x akan kencing melainkan dalam stable sendiri sebab dia tak suka air kencing dia merecik kena kaki..hmm..binatang pon pandai jaga kebersihan tau..Tapi kalau nak berak tu memang suka hati dia lah..dan..Sooty kentut sangatlah busuk!!!huhu...macam nak pengsan...

On the last day and last second in the stable, Sooty send us to the bus by its view...Just like welcoming us to come again and i hope that when i come again to TIEP in the future, it will remember me~~~~
Overall, kursus ni sangatlah seronok dengan coachnya sangat sporting. Tak rugi la korbankan cuti selama 2 minggu berada di Terengganu untuk attend kursus ni.. Thanks to our 'papa', dr.aziz, enck sapiram yang uruskan this course, enck tajudin dan enck zahari yang byk tunjuk ajar dan classmates and juniours yang terlibat. Harap2 next sem ada peluang untuk riding course pula...amiiin...

p/s: xde gambar sebab x sempat nak ambil dekat camera jabatan..insyaAllah, nanti ye sy ltk...  




Thursday, January 12, 2012

~~~ABOUT LOVE~~~

Rasanya ini post pertama tenteng CINTA sejak aku ber'blogging'. hik3..terasa malu pulak tapi ini hakikatnya bagi manusia normal. semua orang mesti ingin rasa mencintai dan dicintai. perasaan yang lumrah yang telah Allah campakkan kepada hati insan sejak manusia pertama diciptakan yang dinamakan ADAM. Adam ditempatkan di syurga rasa sangat sunyi lalu memohon kepada Allah untuk menciptakan seorang teman. dengan kehendak dan izinNya, qudrat dan iradatNya maka Allah menciptakan teman untuk Adam dari tulang rusuknya dan teman itu dinamakan HAWA. maka wujudlah dua insan yang saling menyayangi dan saling memerlukan. Biarpun pelbagai dugaan dan ujian yang mereka terima, namun cinta mereka tetap utuh sebab cinta mereka atas lillahi ta'ala..Betapa indahnya sejarah cinta antara lelaki dan wanita yang pertama yang wujud di syurga dan muka bumi ni..


Bila usia ,menjengah usia 23 tahun ramailah yang dah bertanya, bila lagi...pertanyaan tu semestinya bukan dari family aku sebab bagi dorang, tiada paksaan dalam hal macam ni..bila masa yang tepat sampai, maka hal tu akan berlaku jugak. mak ayah aku sentiasa berdoa yang terbaik. ingat lagi arwah mak long aku pesan ''tak payah la kahwin time tengah belajar,muda lagi. belajar dulu''


Masuk je 2012, aku dah mengira2, ramainya kawan2 sekolah menengah dah bertunang, kawan sekolah rendah lagilah dah ada anak umur 3-4 tahun dah...hmmm...aku bila lagi?dah final year ni..Allah lebih mengetahui..


Aku tak tahu apa yang Kau rancangkan untuk aku tapi aku pasti apa yang Kau rancangkan adalah yang terbaik untuk aku...


Kenapa?sebab aku yakin aku tak layak lagi untuk menerima status sebagai seorang isteri lagi sebab banyak lagi kekurangan yang perlu aku baiki dalam diri. bila seorang wanita tu dikahwini seorang lelaki, dirinya bukan sahaja untuk suami, tapi tanggungjawabnya telah melebar ke seluruh ahli keluarga si suami dan semestinya apa yang lebih penting untuk mendidik bakal generasi akan datang supaya menjadi khalifah bumi yang hebat. macam nak lahirkan khalifah bumi yang hebat andaikata si ibu tidak mempunyai tali yang baik dengan Pencipta khalifah bumi? Di situ, aku perlu mencari jawapannya...






Cinta antara lelaki dan wanita terlalu unik dan istimewa dan sebab itulah Allah telah menetapkan tiada yang halal melainkan melalui ijab dan qabul...




  

Monday, January 2, 2012

CELOTEH biasa~~

Assalamualaikum~~~


Well,dah lama tak menaip di blog, tiba2 terasa macam sesuatu..hehe...ada ja sebenarnya,cuma just melawat dan membaca blo2 orang lain...seronok sebenarnya membaca blog orang..bukan busy body, tapi melihat insan lain selain dari diri sendiri, mengambil iktibar yang tak berlaku kpd diri sendiri dan mencari semangat yang ada pada orang lain terutama mereka yang berada jauh dari kita...

Sebenarnya, sekarang ni tengah exam week...walaupun 2 papers ja, tapi dok sibuk menyiapkan thesis yang berkurun ditinggalkan sebab balik kampung..biasalah, memang perangai dari umur 13 tahun, bagi la cuti lama mana pon, kerja sekolah mesti disiapkan kat sekolah/hostel...kat rumah pantang buat..heehee..teringat zaman sekolah dulu, time cuti sekolah, bawa balik buku bukan main banyak sampai menyenget galas beg..tapi buatnya hareeemm...dok pulun buat time prep malam gak..hehe...Entahlah..dah jadi tabiat pulak sampai ke zaman u...di situ nampak sedikit con bila hantar anak ke hostel dalam usia muda..tapi tak boleh salahkan hostel sepenuhnya. diri sendiri faktor UTAMA!!ngeheheee...Bagi aku yang dah 11 tahun 'membesar' di hostel, rumah aku tempat untuk meluangkan sepenuh masa dengan family disebabkan masa aku terlalu sedikit dengan dorang. Jadi sekarang, bila balik kmpg, aku dah tak macam sekolah dulu dah...buku2 semua tinggal kat sini, bw balik kepok losong or kepok tok beng dan kepok keping..hehe..kalu duit lebih sikit ada la baju batik tengganu untuk my parents n siblings~~


setakat ni dulu kot berceloteh..syeh nk menulis thesis dh mai blk dah..sat lagi takot dia pi balik, tak larat nak hambat~~hehe


perjuangan menulis thesis n exam x selesai lg..huhu

wassalam~~