bicara rasa

Thursday, August 4, 2011

SYAITAN MASIH TERLEPAS

''Pada bulan Ramadhan, syaitan2 dirantai supaya tidak menggoda manusia dan pintu neraka ditutup''


Alhamdulillah, apabila munculnya bulan Ramadhan, masjid2 dan surau2 dipenuhi hingga kadang2 sampai tak cukup ruang. Tok siak kat masjid tu terpaksa sapu kat ruang yang tak pernah digunakan. Itu belum tengok orang mengaji lagi. Seronok dengar azan berkumandang setiap waktu dan beginilah meriahnya Ramadhan...Ini menunjukkan manusia lebih ringan dan tidak kekok untuk beribadah kerana Allah...dan ini juga menunjukkan syaitan2 telah digari supaya memudahkan lagi manusia melakukan amal ibadah..


Persoalan yang timbul di benak kita, kenapa ada lagi yang tak solat, kes kecurian, pembunuhan, dating2 gf bf dan sebagainya? Kata syaitan dah kena tangkap???hurmmm....


Dalam buku yang saya dah baca ni, menurut pengarangnya, Sheikh Muhammad Zakariya berpendapat terdapat 2  unsur yang menyebabkan kita melakukan maksiat iaitu syaitan dan nafsu. Dalam setahun ada 12 bulan kan? Sepanjang 11 bulan yang lalu, syaitan dah pun melatih manusia supaya ikut jejak dia..Syaitan ni dah jadi bestfriend dengan nafsu yang ada dalam diri manusia. Jadi walaupun syaitan ni kena tangkap, kena rantai, tapi pelatih dia (nafsu) dah pun di'train', jadi tak hairan la dorang berpisah sebulan ja..tak jadi masalah langsung la untuk manusia ni ikut nafsu...Apabila manusia masih mengikut nafsu walaupun tanpa hasutan syaitan, maka manusia itu adalah hamba nafsu..Inilah yang menjadikan kita gagal dalam matlamat hidup untuk menjadi hamba Allah..na'uzubillah...


Untuk itu, marilah kita sama2 berdoa untuk menggagalkan usaha syaitan yang gigih mengajak kita ke neraka bersamanya. Walaupun kita jahat dulu, tapi kita boleh jadikan ramadhan kali ini sebagai titik permulaan untuk kita mencari keampunan dan keredhaan serta cinta Allah...Kita pun tak tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir bagi kita...

1 comment: