bicara rasa

Friday, July 29, 2011

Silaturrahim yang berpanjangan....

Assalamualaikum...dah lama typing kat blog ni..dah balik kampung ni memang la agak busy dengan kerja2 rumah dan aktiviti dengan mak. Almaklumlah, disebabkan mak oleh berbasikal je, jadi kena la jadi kaki dan ekor mak sepanjang kat kampung ni..hehe. Tapi x pa la, asal minyak moto atau kereta diisi...

Dah balik seminggu baru la dapat plan keluar dengan kawan Saina dulu. Geng2 KMP tak boleh plan lagi sebab depa semua tengah sibuk LI lagi. Alhamdulillah, dapat gak jumpa dengan sahabat2 lama dulu, walaupun sikit ja yang dapat datang. paling teruja bila dapat jumpa Syida setelah 5 tahun tak jumpa.huhu...Walaupun u kami dekat2 tapi kami x pernah jumpa.Ish2..Yang Siti pula, kalu balik Malaysia mesti dapat jumpa. Hairan kan, yang dekat tak jumpa, yang jauh pula yang dapat jumpa. Tu la tanpa usaha dan izin Allah, apa2 pon boleh terjadi...Wahed dengan Pikah pula memang selalu gak kuar sekali, tapi masing2 nampak beza..Pikah memang kurus sangat2 dah dan Wahed dah berani drive pi Aloq Staq setelah 4 tahun tak drive...Syabbas betteh!!! Aku akan menyusul lepas ang Wahed..doa2 la..hehe...

Tempat berkumpul kami berlima tak lain tak bukan, City Plaza je la...Senang sebab tak semua kami ada kenderaan...Lepak2 dan makan kat food court, sembang2 sampai taksedar dah pukul 3 petang. Ya Allah...memang tak terasa langsung masa berlalu cepat sangat... Masing2 ada cerita masing2...Gelak ketawa, senda gurau terasa macam nak balik ke dunia Saina dulu..huhu

Sebenarnya, apa yang dikongsikan di sini adalah tentang ukhwah yang terjalin antara manusia. Allah lah yang mempertemukan setiap insan di dunia ni dengan pelbagai cara dan situasi. Ada yang Allah temukan insan tu dengan didahului duka sebelum duka. Ada yang berjumpa, berseronok namun ukhwah mereka tidak berpanjang malah ada yang diakhiri dengan permusuhan. Allah memberi peluang kepada manusia untuk berusaha mencorak ukhwah mereka, namun Allah jualah sebaik-baik penentu. Kadang2 apa yang kita usaha, lain yang kita dapat, namun percayalah Allah telah merangcang yang terbaik buat kita. 

''Cinta berkawan kerana sehati dalam kasih Ilahi''....the sentence that i like..hehe..Ayat ni agak mendalam maksud dia..Bila kita berkawan dengan seseorang tu, biarlah kita berkawan kerana Allah dan bukan kerana nak ambil kesempatan dari dia sebab dia kaya ke, dia pandai ke atau apa2 lagi la.. Bila berkwawan kerana Allah, secara automatik akan timbul rasa cinta kat kawan kita dan secara tak langsung ukhwah kita akan berpanjangan walaupun berpuluh-puluh tahun tak berjumpa dan Allah akan memberkati persahabatan kita...

To my beloved friends from SKDF, SAINA, KMP, UniSZA and all over the world, i pray to Allah wishing that He always bless our friendship and hopefully we can meet in Jannah..amiiin... 
Mintak maap banyak2 kalau ada sebarang khilaf sepanjang ukhwah antara kita dan selamat menyambut Ramadan mubarak...


Tuesday, July 12, 2011

Rindu si pantai..

Petang yang agak memenatkan kepala otak disebabkan sehari suntuk dalam seminar bioinformatics memang memerlukan penenang. Ubatnya apa lagi kalu bukan pantai Batu Buruk yang dah lama kami tak jejak kaki sebab tinggal kat kampus Kusza. Kat Kusza ada pantai Tok Jembal. Tapi tak sama gak dengan pantai Batu Buruk yang memang banyak simpan kenangan waktu menginap kat Asrama Maidam waktu Sem 1 dulu.hehe...
Jalan tepi pantai..
Lepas habis je seminar, kami terus je serbu jamuan kat bawah kanopi. Sebelum gi pantai, kami singgah jap kat Hospital Sultanah Nur Zahirah melawat suami sepupu dia yang disahkan mengidap kanser. Ala..x jauh pon.dalam 20 langkah je, dah sampai.hehe.. Ni la hospital yang paling strategik bagi aku sebab trang tang tang mengadap Laut China Selatan. Syok betul, lagi2 ambil angin kat tingkat 8.hehe...Tapi sape je yang nak masuk hospital kn? Syukurlah dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi ni. Alhamdulillah...

Masuk je hospital rasa sayu je kat dalam hati ni..Bila dah masuk wad tu plak ya Allah, lagi2 la sedih. Tengok ada yang tidur, ada pacik tengah termenung je, menunggu waris dan sahabat handai datang melawat. Si pesakit yang kami lawat tu memang tak sedar langsung, tidur je. Mungkin kepenatan, lepas makan ubat ke, tak tau la plak. Lupa nak tanya...Apa pon, moga Kak Mek dan keluarga diberikan kekuatan untuk terima ujian yang Allah berikan. Suami dia pon harap2 sembuh cepat.Amiiin..

Waktu kat sepupu Irah tu, tiba-tiba waris pesakit sebelah tutup langsir yang pisahkan dengan orang sebelah tu. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan. Seram sejuk kami...Mesti dia dah tak tahan terima rawatan yang nurse bagi tu. On the way nk kuar dari wad tu plak aku terpandang kat satu katil. Ada 2 orang tengah baca Yasin, sorang lagi tengah macam dok tggu tepi katil tu la...Kagum dengan ahli keluarga dia. Tenangkan si ayah dengan bacaan Yasin. Sememangnya Yasin dapat menenangkan roh dan jasad...

Lepas solat beli makanan dan solat Asar, kami terus la ke pantai..Waaahhh...memang segar betol..Hilang terus pening bioinfo tadi. Tangok pula ombak yang sentiasa menghempas pantai, memang macam tengah berzikir. Sememangnya makhluk2 ciptaan Allah sentiasa berzikir kepadaNya. Cuma manusia ja yang jarang ingat Pencipta...huhu

Kat pantai tu memang selalu orang ramai. Nak2 lagi waktu petang. Ada yang bawa anak2, suami isteri bergurau senda tepi pantai, ada yang bawa kuda, jalan2  dengan kengkawan macam kami ni, ada juga yang bf dengan gf pon ada berpimpin mesra. Ni yang tak sedap tengok ni...Malas komen banyak, aku doakan dorg sedar suatu hari nanti...
Happy children with their mom ^_^
Sape plak ni??
                                          
Satu benda yang bestnya tentang pantai Terengganu ni, pantai kat sini memang belom tercemar. Kalau nak bandingkan dengan pantai2 di Pantai Barat tu, memang la tak padan. Banyak mana pon bot nelayan kat sini, airnya tetap la biru...Tapi sorry, pantai kat sini x banyak yang boleh mandi sebab ombak kuat. Mula2 datang Terengganu, aku pon takut nak jejak pantai..Tapi sekarang dah ok..hehe

 Kamilah gadis2 ayu di pantai ni..haha

Jom gi Ganu kite!!!!!^_^

Friday, July 8, 2011

kurma dan kismis~~~

Lepas kupas buah durian masuk dalam beg, aku packing la barang lain. Mak pun macam biasa, sibuk tolong apa yg patut. Yela, aku baru balik LI 2-3 hari, dah nk balik Terengganu semula. Berat la sikit nak lepaskan anak dara dia ni..hehe..Tengah packing tu, mak tanya

Emak: nak bawa x buah kurma dgn kismis ni?
Aku: tengok la dulu..nanti berat sangat, tak larat nak bawa.
Emak:bawa la..bukan berat sangat pon.sikit ja ni..bawa satu dah la, satu kotak lagi simpan kat kak nah balik nanti..
Aku:boleh la,lapar2 kat sana nanti boleh makan.budak2 tu pon boleh makan sekali.

Aku pun ambil buah yang dah dibungkus, masuk je dalam beg yang letak durian tu.takut lupa pulak...Buah tu kawan ayah yang dah lama bermastautin kat Mekah kirim kat besan mak ayah. Tu yang banyak tu...Sampai kat Terengganu, buah kurma dan kismis ni la jadi santapan pagi aku. Save budget sikit...

Selalunya buah kurma ni sangat la femes time bulan puasa je. Orang akan ingat, buah kurma makan time buka puasa. Sebenarnya, buah kurma seelok-eloknya makan tiap2 hari. Baginda Nabi Muhammad pun makan buah kurma untuk hilangkan kelaparan. Kenapa makan buah kurma ni adalah sunnah baginda? Apa khasiatnya? Mengikut kajian, amalan memakan buah kurma dapat merangsanng ginjal mengeluarkan toksik, menurunkan tekanan darah tinggi, mengandungi vitamin A,B1, B2 dan kaya dengan mineral. Kurma juga merupakan ubat cacing dan ada juga orang cakap kalau nak mudah bersalin, banyakkan makan buah kurma waktu mengandung.

Buah kismis pula mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi, kurangka risiko penyakit strok, untuk kesihatan tulang dan membantu perkembangan minda. Sebab tu hafiz dan hafizah banyak mengamalkan makan buah kismis supaya mudah menghafal Al-Quran....

Hafiz dan hafuzah yang memang dah mudah menghafal pon amalkan makan kismis dan kurma, apatah lagi kita yang lambat sikit ni...Untuk si ibu dan ayah tu, didik la anak2 makan buah kurma dan kismis dari dalam perut lagi ye...