Alhamdulillah....19 januari 2012 selesai sudah kursus dan assessment o-level equestrian yang dijalani di Terengganu International Endurance Park dengan kerjasama Jabatan Sains Haiwan UniSZA dan Majlis Ekuin Malaysia (MEM).O-level merupakan sijil asas yang wajib diambil oleh sesiapa yang nak menunggang kuda secara profesional dan tahap sijilnya sampai level 2. Tapi kat Malaysia kursus untuk level 2 tak ada, jadi sesiapa yang berminat akan dihantar ke luar negara. Menurut coach, nak sampai tahap level-2 ambil masa yang agak lama sebab banyak benda yang perlu belajar dan perlu mahir.
O-level ni adalah basic course macam mana kaedah pengurusan kuda yang betul, macam mana nak jaga kesihatan, pemakanan dan kebersihan stable (kandang) kuda. Semua ni sangat2 penting dalam penjagaan kuda sebab mostly kesihatan kuda adalah based on feed dan stable. Kuda adalah binatang yang sangat mahal sampai boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Jadi amatlah rugi kalau mati begitu sahaja...kadang2 owner boleh menangis kalau kuda dia mati tau...Tapi ada ja owner yang tak ada sijil ni sebab dorang manage kuda based on experience...
Dalam kursus ni, kami diajar untuk grooming (bersihkan) kuda, pengaturan makanan, pembersihan stable, pasan bridle (kekangan yang dipasang pada bahagian muka dan kepala kuda untuk control kuda), saddle (tempat duduk time nk tunggang kuda) dan sempat tengok orang pasang kasut (ladam) kuda.Tengok macam senang, hakikatnya amatlah susah. Sebab tu gaji dorang mahal. Upah pasang kasut untuk seekor kuda dalam range RM150-RM200. Tu baru kuda biasa yang dok dalam stable ja. Kalau kuda macam nak bertanding endurance macam Sultan Mizan tu, pakai kasut jenis lain pula. So, lainlah upahnya..Kalau nak tau, setiap tahun gigi kuda perlu diasah untuk elak kecederaan dalam mulut dan tukang asah gigi kuda sangatlah sedikit orangnya kat Malaysia sampai kena panggil mat saleh datang.
Sepanjang kursus aku diarahkan untuk handle kuda. Kami diberi sekor kuda untuk diuruskan. Sekor kuda 2 orang and my partner is my classmate, Linda...Dia ni terror dah sebab setiap hujung minggu yang free, keja dia bertenggek kat stable kuda TER..bukan bertenggek je, tapi dorang kena bersihkan stable time pagi, petang tu boleh la dpt upah naik kuda free..hehe..Nama kuda kami Sooty, tapi kami tukar jadi Sutinah..hehe
Selama 3 hari uruskan Sooty, I'm fall in love with him...huhu...kata Linda Sooty kuda paling hensem kat TIEP.haha...walaupun Sooty gigit orang, tapi dia faham kita cakap. He gave us the best commitment during assesment. Dia ni sangat sensetive time grooming, sebab tu kena hati2...kang ada yang terbang naik atas sebab kena tendang. Lagi satu Sooty sangat suka orang bersihkan muka dia. dia akan pejam mata dan dok diam kalau kita belai2 muka dia. so sweet...hehe.tak semua kuda suka orang main muka dia. Sooty x akan kencing melainkan dalam stable sendiri sebab dia tak suka air kencing dia merecik kena kaki..hmm..binatang pon pandai jaga kebersihan tau..Tapi kalau nak berak tu memang suka hati dia lah..dan..Sooty kentut sangatlah busuk!!!huhu...macam nak pengsan...
On the last day and last second in the stable, Sooty send us to the bus by its view...Just like welcoming us to come again and i hope that when i come again to TIEP in the future, it will remember me~~~~
Overall, kursus ni sangatlah seronok dengan coachnya sangat sporting. Tak rugi la korbankan cuti selama 2 minggu berada di Terengganu untuk attend kursus ni.. Thanks to our 'papa', dr.aziz, enck sapiram yang uruskan this course, enck tajudin dan enck zahari yang byk tunjuk ajar dan classmates and juniours yang terlibat. Harap2 next sem ada peluang untuk riding course pula...amiiin...
p/s: xde gambar sebab x sempat nak ambil dekat camera jabatan..insyaAllah, nanti ye sy ltk...